Powered By Blogger

Sedikit info mengenai diri saya

Ini merupakan catatan kedua saya.. dan disini saya nak berkongsi sedikit  latar belakang saya.
Saya dilahirkan di johor bahru dan berkelulusan Bpharms (hons) dalam bidang Pharmacy dan minor dalam Management.

Penglibatan saya didalam bisnes online ini bermula setahun lebih yang lepas. Saya memang berminat dengan bisnes global yang berpaksikan internet. Walaubagaimanapun agak pelik bagi seorang internet marketer yang lambat memulakan blognya sendiri. Late is better than never..hihi..begitulah apa yang saya fikirkan sewaktu memulakan catatan pertama saya dalam blog ini. Sepanjang saya aktif dalam bisnes internet pendapatan saya secara online sekitar RM1000-RM5000 sebulan dan ini bagi saya perlu lagi diperbaiki. Saya melakukan semua ini secara part time, insya allah saya akan berusaha untuk menjadi FULL TIMER nanti.

Kenapa perniagaan internet menjadi pilihan saya.
1. Saya tidak perlu menjaja produk dari rumah ke rumah.
2. Saya boleh melakukan kerja saya hanya depan pc walau tak berbaju, kalau nak keluar rumah jumpa prospect/pelanggan, penampilan (kena ambik kira), kos petrol, masa di jalanraya (traffic jam, tol) etc
3. Saya boleh melakukan semua ini dari rumah dan boleh memantau aktiviti anak2 saya.
4. Prospecting saya menjadi lebih global dan saya mempunyai network dari indonesia, filipina, brunei dan singapura tanpa saya keluar mencari mereka. Ini agak mustahil bagi bisnes konvesional untuk melakukannya.
dan pelbagai faktor lagi yang membuat saya memilih kuasa internet untuk melebarkan perniagaan saya.

Aktiviti saya hari ini agak santai selepas semalaman saya menyiapkan nota tutorial "panduan asas bermula di WELA".  Nota panduan untuk team saya yang baru bermula di WELA.

Nota itu menggabungkan persediaan untuk bermula dalam bisnes online wela. Persiapan yang perlu dimiliki sebelum berjuang. Dan beberapa tips untuk usahawan online wela perlu tanamkan dalam fikiran dan hati.
Harus mempunyai pemikiran sebagai seorang usahawan yang berpandangan jauh.

Saya tamatkan catatan saya untuk kali ini. Dan ada beberapa tugasan dah menanti untuk saya selesaikan.
Jumpa lagi..


peluang menjana duit online bukanlah igauan ngeri lagi
KLIK DISINI

0 Comments:

Post a Comment