Powered By Blogger

Catatan kali ini saya nak menyentuh perihal relationship/perhubungan didalam bisnes.

Tidak kira didalam bisnes apa pun sama ada online atau offline, perhubungan dengan pelanggan, rakan partner dan sebagainya harus dipupuk dan dijaga.

Perhubungan yang baik sesama pelanggan/rakan kongsi yang baik akan menjana atau memberi momentum yang bagus kepada bisnes kita.

Untuk bisnes yang berteraskan internet/online seperti bisnes wela, ianya sama juga.
Jangan kata bisnes online tak perlu perhubungan yang baik sesama partner/customer. Cuma bezanya disini perhubungan itu dibina secara online. Kita sedia maklum, bisnes internet merupakan satu bisnes yang bersifat global dan melangkaui tempat/lokasi dan negara. Bisnes di internet akan memberikan anda seribu bagai kemungkinan. Kita pandang dari sudut positif. Bisnes berpaksikan internet akan memudahkan kita melebarkan sayap tanpa mengenal tempat dan disini kita bakal mendapatkan partner dari pelbagai lokasi.

Adakah usahawan online/internet akan menghadapi masalah untuk membina perhubungan yang baik sesama partner/pelanggan mereka???

Di wela kita telah mempunyai partner dari pelbagai negara. Walaupun kita dari Malaysia dan kita tidak mempunyai kekuatan atau modal untuk mejelajah seluruh dunia untuk mendapatkan partner tetapi kuasa internet membatasi segalanya. Kita melakukannya hanya dari rumah. Bagaimana kita di wela mempunyai upline/downline dari Fillipina, Indonesia, Usa dan eropah. Bermakna disini kita bekerja sebagai satu pasukan yang besar.

Untuk membina perhubungan yang baik sesama partner kita di wela, gunakanlah segala tools yang ada di internet ini. Gunakan ym/skype/google talk/facebook dan sebagainya.

Untuk team wela kita gunakanlah segala kesempatan yang ada untuk membina perhubungan yang baik sesama kita. Salah satunya SKYPE CONFERENCE KITA SETIAP SELASA 9-10 MALAM, ini merupakan sesi Bahasa Malaysia. Pada waktu yang lainnya kita juga akan adakan conference di dalam bahasa inggeris bersama team dari luar negara.

Kesimpulannya, membina perhubungan sesama partner di dalam bisnes online wela di Malaysia bukanlah sesuatu yang mustahil dan sukar untuk dilakukan. Segala perkongsian dapat dilakukan. Strategi mereka yang sudah berjaya juga boleh ditimba.
Untuk berjaya..ILMU amat penting..dan pengalaman yang boleh dicedok dari mereka yang sudah berjaya. Kita ikut tangga yang betul..

Percayalah, PERHUBUNGAN/RELATIONSHIP ITU PENTING.. ianya pasti akan membawa bisnes kita ke puncak kejayaan..

PELUANG MENJADI YANG TERAWAL ADA DISINI
KLIK DISINI

Tahniah saya ucapkan kepada Active Associate (AA) Syahrizat Azizan, Eliza Othman, Ikmal, Suzy Haron dan Silver Leader (SL) Haslinda Kadri.

Anda adalah bintang team kita minggu ini. Anda sudah mula mengorak langkah dan mengembangkan sayap bisnes anda. Ingat Wela adalah bisnes anda sendiri. Anda adalah CEO kepada bisnes anda sendiri.

SL Haslinda kekalkan kedudukan anda dalam carta top leader bulan hadapan dan ini akan memotivasikan team anda supaya mereka juga akan memburu kejayaan yang sama.

Sekali lagi tahniah kepada semua AA yang telah sudi meluangkan masa di skype conference team kita semalam dan ini menunjukkan bahawa mereka betul-betul serius dalam menjalankan bisnes mereka sendiri.

Apa yang penting setelah anda berjaya merekrut usahawan-usahawan online yang baru adalah DUPLIKASI...Pastikan mereka mengikut langkah anda. Guna kan segala nota tutorial yang telah saya kongsikan. Tanpa DUPLIKASI bisnes kita tidak akan berkembang dengan baiknya.

Pastikan anda telah melakukan setting
1. Preferred placement - mengikut kedudukan anda terkini
2. Global exchange - penerimaan bonus

Sekiranya anda mempunyai masalah dalam memberi panduan ini kepada team anda jangan ragu-ragu untuk hubungi saya..saya sedia membantu anda sehingga ke puncak kejayaan.

2 DA TOP 2GETHER

menjana duit secara online bukanlah igauan ngeri
KLIK DISINI

Bisnes global online Wela di Malaysia masih baru lagi.
Setakat hari ini baru 100 rakyat Malaysia menyertai Wela.

Dan semalam saya telah menerima email dari John E Penny (Wela CEO) berkaitan dengan Silver Rank di Wela diatas akaun saya bersama isteri saya iaitu Haslinda Kadri.

Dan target saya untuk semua team saya.. adalah kita semua harus melepasi taraf SILVER LEADER di Wela. Di Malaysia saya adalah silver leader kedua setelah Darryl.
Sekiranya kita mencapai status GOLD LEADER income mingguan kita di Wela akan mencecah minimum RM216 seminggu dan tiada hadnya di dalam cycle team bonus yang kita terima.

Saya pasti semua partner saya di Wela menyertai Wela kerana anda semua pantas menghidu peluang yang ada. Kita adalah antara rakyat Malaysia yang terawal. Saya akan bimbing anda dengan syarat pertama adalah diri anda sendiri. Jika sikap diri anda sendiri sudah mempunyai keinginan yang tinggi dalam Wela iaitu ingin mencapai KEBEBASAN MASA DAN KEWANGAN, Wela adalah tempatnya.

Saya ada menyebut perkataan KEINGINAN tadi bukan. Selepas ini saya akan bongkarkan maksud KEINGINAN dan bagaimana ianya akan membantu kita seperi bahan api yang membakar semangat kita di dalam bisnes Wela kita.

Jangan lupa tips untuk berjaya di Wela.
1. PROMOSIKAN WEBSITE ANDA - rujuk nota MENJANA TRAFIK KE WEBSITE ANDA
2. FOLLOW UP TT ANDA - rujuk nota FOLLOW UP TT ANDA
3. TEAM UP DENGAN TEAM/UPLINE ANDA - sertai skype conference setiap Selasa 9-10 malam

Jangan lupa anda adalah antara 100 rakyat Malaysia yang menyertai Wela. Dan pastikan anda didalam kelompok 5 peratus yang berjaya. Bagaimana tu..ikut 3 tips yang saya tuliskan diatas. Insya allah kejayaan kita di Wela Malaysia bakal menjadi milik kita.

2 da top 2gether

PELUANG MENJANA DUIT ONLINE BUKANLAH IGAUAN NGERI LAGI
JOM BERSAMA SAYA
KLIK DISINI

Pencapaian saya setakat ini..semoga yang lain akan mendapat semangat dan
saya akan bimbing anda semua..kita berjaya bersama-sama.

sila klik link dibawah ..saya adalah WELA SILVER LEADER.....


http://myemail.constantcontact.com/News-from-WELA--Congrats-those-who-Ranked-Advanced-.html?soid=1103211060624&aid=huC56aBv2zA

Tahniah kepada pasukan GENERASI PERTAMA saya !!!

Saya nak berkongsi dan mengucapkan TAHNIAH kepada pasukan Generasi Pertama saya iaitu Active Assoc (AA) Taha Daud dan AA Musa Mansur.

Anda telah mula mengorak langkah dengan menghasilkan beberapa leader untuk GENERASI PERTAMA anda. Proses seterusnya adalah latih dan bantu mereka seperti yang saya lakukan. Duplikasi..tanpa duplikasi bisnes kita tidak akan kemana. Anda tidak keseorangan dan saya senantiasa membantu anda semua.

Syabas untuk AA Musa teknik jerangkap samar memang menjadi, tanpa perlu menegur rakan lama beliau telah berjaya mendapat pelawat berdaftar (TT) dan seterusnya upgrade ke paid member. Untuk AA Taha, teknik pay per click bro memang menjadi..cayalah 2 orang sekaligus upgrade!!! Saya percaya silver rank bakal menjadi milik anda tidak lama lagi.

Bagi yang lain teruskan berusaha dengan FOKUS DAN KONSISTEN. Walau dengan apa carapun teknik anda, selalulah analisa keputusan anda. Saya sedia membantu. Sila kacau saya..

2 da top 2gether


jom menjana duit online bersama team saya
KLIK DISINI

Salam buat semua partner WELA...

Saya nak ucapkan TAHNIAH sekali lagi buat semua partner saya...

Sesungguhnya kita adalah yang terawal... dan sematkan didalam hati yang kita adalah usahawan WELA buka setakat ahli WELA..

TIPS PERTAMA..
- berikan masa 6 bulan - 1 tahun didalam wela...hasil tidak akan datang sekelip mata..

TIPS KEDUA
- promosikan web kita...bermakna PROMOSI!PROMOSI!PROMOSI!

+bg yang usahawan yang baru join ikuti dulu nota tutorial PANDUAN ASAS BERMULA DI WELA..
beri masa 3-5 hari untuk mengikut langkah dalam nota tersebut..selepas itu kita akan terus mula mempromosikan website kita.
ada masalah sila hubungi saya..saya sedia membantu

bagi yang sudah mula mempromosikan website..syabas..fokus dan konsisten adalah RAHSIA UTAMA..

TIPS KETIGA
- rajin membaca email dari saya
- sila ke zahirulindawela.blogspot.com klik FOLLOW di bahagian kanan untuk menjadi FOLLOWERS saya..

sekian,

2 da top 2gether...

PELUANG MENJANA DUIT ONLINE DARI RUMAH
KLIK SINI

2 FAKTOR UTAMA KELEMAHAN DALAM MLM YANG MENYEBABKAN USAHAWAN MLM TIDAK DAPAT BERTAHAN

1. SUKAR MENCARI DOWNLINE
- nak dapatkan prospect, buat temujanji di kedai mamak, kena harungi tol dan traffic light...
- kena reject...semangat terus luntur...
- nak cari 5 prospect sehari..1 prospect agak2 berapa jam nak jumpa???

2. KENA JUAL BARANG
- menjaja dari rumah ke rumah
- kena kejar anjing waktu menjaja
- stok berlambak kat rumah..tak abis. pakai sekeluarga...

2 FAKTOR UTAMA INI YANG MELEMAHKAN SEMANGAT BAGI MEREKA YANG NAK BERJAYA DALAM PERNIAGAAN MLM.

APAKAH JALAN PENYELESAIAN BAGI 2 FAKTOR UTAMA DIATAS???
PERNIAGAAN GLOBAL BERASASKAN INTERNET.........

KENAPA???

1. BOLEH DILAKUKAN DIRUMAH SAHAJA.
2. BAGI KAUM WANITA, ANDA TIDAK PERLU MAKE UP.
3. MEREKA TIDAK NAMPAK ANDA BAWAK BMW KE MOTOR KE
4. ANDA BOLEH MENDAPATKAN URUSNIAGA DENGAN PANTAS..(HARUS ADA SISTEM ONLINE SOKONGAN YANG MANTAP)

Untuk itu bisnes online yang disertai haruslah mempunyai
1. Website penarik yang mantap - di WELA ianya akan disediakan secara percuma
2. Sistem follow up yang berkesan - di WELA ianya juga disediakan untuk para usahawan.

menjana duit online bukanlah igauan ngeri lagi

KLIK DISINI

Selamat bertemu kembali.
Selepas catatan saya semalam FOKUS DAN KONSISTEN - RAHSIA UTAMA..
kebetulan pada malamnya saya membaca sebuah buku yang saya beli 2 minggu yaang lepas.

Penulisnya Dr Chung judul bukunya "....so you want money". Saya membeli buku ini dari tangan beliau sendiri. Berumur 75 tahun dan masih sihat dan tegap. Merupakan seorang pakar ekonomi yang pernah menjadi konsultant untuk kerajaan Malaysia.

Dalam buku beliau ada menyebut berkenaan Fokus dan Konsisten.
Biar saya terjemahkan cerita dari buku beliau ke dalam bahasa.

ada sebuah cerita tentang seorang raja india yang ingin memilih 1 dari 3 putera beliau untuk menjadi pengganti beliau. Beliau mendapatkan nasihat dari penasihatnya.

Penasihat raja telah membawa 3 putera tersebut ke pinggir hutan. Dan penasihat raja meletakkan patung burung kecil di atas sepohon kayu.

Penasihat raja memanggil putera pertama dan menyuruh putera tersebut memanah patung anak burung tersebut. Sedang putera pertama sedang menghalakan anak panah ke arah patung tersebut dan bersedia untuk memanah, penasihat raja lantas bertanya "apa yang kamu nampak?" jawab putera pertama "..saya nampak pokok, patung anak burung dan tuan penasihat" jawap putera pertama. Penasihat raja terus berkata ..berhenti kepada putera pertama..

Seterusnya putera kedua dipanggil. Sedang putera kedua dalam keadaan bersedia untuk memanah, penasihat raja bertanya..apa yang beliau nampak. Jawap putera kedua.. "saya nampak patung anak burung, pokok dan langit yang biru..". Penasihat raja lantas suruh putera kedua berhenti.

Putera ketiga pula dipanggil..sebelum putera ketiga bersedia untuk melepaskan anak panah, penasihat bertanya apa yang dia nampak? Putera ketiga menjawap.."saya hanya nampak patung anak burung sahaja" Dan penasihat raja berkata..tembak patung anak burung itu..

jadi memetik kata-kata dr chung didalam bukunya
" the moral of these stories is that we need to focus and concentrate, and putting in consistent effort on task at hand" - dr chung "...so you want money!"

kita perlu fokus dalam apa jua bidang yang kita ceburi.. dan meletakkan usaha yang konsisten ...

2 kata kunci disini..fokus dan konsisten...

menjana duit secara online bukanlah igauan ngeri lagi
KLIK DISINI

DALAM APA JUA BENTUK BISNES...YANG PALING PENTING ADALAH FOKUS DAN KONSISTEN..

BILA KITA FOKUS .. baru dapat hasil..dan konsisten....KALAU TAK KONSISTEN..HEHE..KEJAP BUKA KEDAI..KEJAP TUTUP..PELANGGAN PUN LARI..

satu lagi pengalaman saya dalam biz online .. banyak mengajar saya erti PERJUANGAN..dan jatuh bangun dalam membina bisnes saya..

SEBENARNYA KALAU KITA BUAT SEKERAT JALAN ..MEMANG TAK DER LAH HASILNYA...

SAMA JUGA KALAU BUAT BISNES TANPA ILMU....TAK KEMANA.. ADA ILMU KALAU TAK BERUSAHA PUN SAMA JUGAK....

APA RAHSIA NAK BERJAYA,,YEK.. FOKUS DAN KONSISTEN....RAMAI YG DAH TAHU..TAPI KENAPA RAMAI YANG MASIH TAK BERJAYA....HEHE...TAK BERTINDAK DAN BERUSAHA...

menjana wang secara online bukanlah igauan ngeri lagi
KLIK DISINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA BRAND PARTNER YANG BERAGAMA ISLAM.

Dikesibukan dalam persiapan menyambut Syawal tiba, akhirnya nota tutorial MENJANA TRAFIK KE WEBSITE ANDA dapat juga saya siapkan khas untuk team online saya.

Sila download di email anda dan print jika perlu untuk memudahkan anda mengikuti langkah dan panduan yang diberikan.

Ketahui 5 teknik termantap,teknik jerangkap samar dan teknik lainnya yang biasa digunakan oleh internet marketer untuk memburu prospek.

Selamat membaca dan LEADERS ARE READERS...

ingin menjana duit online dari rumah
RAHSIA DISINI


 Salam sejahtera!!!
Tentu semuanya sedang sibuk, maklumlah Syawal bakal menjelma..
Walaubagaimanapun disini saya kongsi sedikit petikan dari nota tutorial "TEKNIK MENJANA TRAFIK KE WEBSITE ANDA" hasil tulisan saya sendiri yang masih didalam proses lagi.
Selamat membaca!!!
Di dalam apa juga bentuk perniagaan promosi/pemasaran adalah bahagian yang terpenting dalam memulakan perniagaan.
Ø  Promosi adalah satu tindakan yang berterusan dan konsisten untuk mendapatkan hasil yang bagus.
Ø  Kaedah yang digunakan juga harus pelbagai dan jangan terhad kepada 1 kaedah sahaja. Sekiranya 1 kaedah yang anda gunakan itu terbukti dapat menghasilkan 10TT sehari (dalam konteks WELA) anda boleh menumpukan kepada 1 kaedah sahaja.
Ø  Sekiranya terdapat 1 kaedah/teknik promosi yang kurang atau langsung tiada hasil tinggalkan kaedah tersebut dan cuba kaedah yang baru.
Ø  Promosi bukannya proses yang statik, ianya boleh berubah-ubah mengikut kepada zaman dan masa.
Ø  Kita harus kreatif dan sentiasa berani mencuba pelbagai teknik promosi yang belum pernah kita cuba.
Ø  Jika anda mencuba teknik promosi yang berbayar, jangan kedekut untuk melabur sejumlah wang untuk mempromosikan website anda. Promosi berbayar adalah satu bentuk promosi yang tidak menggunakan banyak masa kita berbanding promosi secara percuma. Dinasihatkan kepada yang belum mahir dalam teknik pemasaran secara percuma anda patut bermula dengan kaedah yang berbayar. Didalam masa yang sama anda  belajar dan mendalami kaedah2 percuma.
Ø  Untuk melakukan promosi secara percuma dan mendatangkan hasil ianya memerlukan teknik2 tertentu dan bergantung kepada pengalaman kita didalam pemasaran online. Dan ianya agak memakan masa kita tetapi ianya sesuatu yang menarik sekiranya kita mempunyai minat dan kesungguhan.
Ø  Seperti saya katakan tadi promosi tidak bersifat statik, ianya boleh berubah-ubah mengikut masa, zaman dan keputusan yang diperolehi. Oleh itu ilmu amat penting disini dalam memahami dan mempelbagaikan teknik promosi untuk mendapatkan keputusan yang memberangsangkan.

ingin menjana duit secara online bersama saya???
duit online bukanlah igauan ngeri lagi..

Selamat datang ke team saya Pak Imanuel..
Syukur kehadrat Allah swt  bisnes global online WELA team saya sudah mula mengorak langkah dan berkembang di Indonesia.
Saya berharap ini akan memotivasikan partner saya yang lain, kerana terbukti bisnes global WELA memang betul2 global. Dan harapan saya, kita semua harus bekerja secara berpasukan dan saling memberi sokongan antara satu sama lain. Jarak bukanlah penghalang untuk kita berkomunikasi. Gunakan tools seperti ym/skype/facebook untuk berkomunikasi antara kita.

Bersama ke puncak kejayaan


menjana wang secara online bukanlah igauan ngeri lagi
KLIK DISINI

Saya perhatikan dah ramai antara kita yang menggunakan peluang dan teknik blogging untuk melebarkan sayap bisnes mereka.

Blogging merupakan jurnal di alam internet. Kita patut menggunakan blogging untuk memantapkan bisnes kita dan juga sebagai satu medium untuk berkongsi cerita/pengalaman/pendapat dan sebagainya.

Kenapa saya/anda atau sesiapa sahaja yang ingin berjaya didalam perniagaan internet patut mempunyai blog sendiri???

1.Menjimatkan masa untuk mengembangkan perniagaan saya.

Disini saya boleh berkongsi apa juga kisah kejayaaan/kegagalan untuk dibaca dan dipraktikkan oleh pembaca dan team bisnes online saya.
Team saya boleh belajar dari sini apa jua teknik/cerita kejayaan/kegagalan dari saya. Kisah kejayaan yang boleh mereka tiru/ikut dan kisah kegagalan yang boleh dijadikan sempadan. Disini saya juga boleh membina reputasi saya dalam bisnes saya.

2. Blogging memupuk semangat kemasyarakatan.

Di ruang blog saya ini kita dapat berkumpul untuk membaca/mengamalkan dan juga berbalas komen tentang apa jua topik yang berkaitan didalam blog ini. Disini tempat kita berkongsi dan kita mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin maju didalam hidup. Dan saya ingin memupuk hubungan erat di antara saya dan team bisnes online saya.

3. Blogging satu faktor bonus untuk prospek saya.
Prospek saya boleh membaca dan ikuti aktiviti/jurnal didalam blog saya ini. Dalam apa jua bidang perniagaan termasuk bisnes online perhubungan perlu dibina diantara saya dan prospek saya. Disini prospek saya berpeluang untuk mengikuti kisah saya dan bertanya apa jua soalan yang berkaitan dengan bisnes saya. Walaupun kita berbisnes secara online saya percaya perhubungan yang baik perlu ada antara saya dan prospek saya dan kaedah blogging ini menggantikan sessi teh tarik (sekiranya prospek saya jauh dari saya).

4. Blogging satu kaedah untuk mewujudkan trafik bersasaran bagi saya.
Sebagai kaedah tambahan untuk saya mendapatkan prospek bagi jangka masa panjang. Untuk mencapai kearah tersebut saya perlu selalu memperbaharui blog saya. Walaupun ianya bukan proses yang cepat, tetapi dengan 20-25 minit setiap 1-2 hari saya percaya 6 bulan dari sekarang saya pasti akan melihat hasilnya. Ini juga merupakan satu kaedah untuk menambahkan trafik ke web saya dalam jangka masa sederhana/panjang.
Saranan untuk team saya, anda patut memulakan blog anda sendiri.

Teknik/kaedah blogging bukanlah teknik cuba/jaya. Kerana teknik blogging sudah terbukti dan saya banyak membaca dan mengkaji mereka yang berjaya didalam bisnes online mereka 100 peratus memiliki blog sendiri untuk dikongsi bersama team/prospek mereka. Mereka yang berjaya ini juga bermula dari zero sewaktu memulakan blog mereka. Dengan usaha sentiasa memperbaharui blog mereka 20-25 minit setiap 1-2 hari mereka telah berjaya dan mempunyai nama yang besar selepas 6bulan-1 tahun.


ingin menjana wang secara online dari rumah, bukanlah igauan ngeri lagi
KLIK DISINI

Topik hari ini nampak agak lain sedikit..terutamanya dengan perkataan JERANGKAP SAMAR

Itu adalah perumpamaan bagi saya.. kerana ianya seperti jerangkap yang menanti pelawat website kita untuk berdaftar kedalam website kita.

Ianya tidak memakan masa cuma perlu beberapa minit sahaja untuk kita memasang link web kita beserta dengan TRACKING CODE iaitu untuk mengesan dari sumber mana pelawat website kita itu. Dalam masa 2 minggu saya telah mendapat l3 pelawat hasil dari teknik ini. Ianya amat berbaloi kerana saya tidak perlu memantaunya selepas ianya dipasang dan percuma pulak tu. Ianya tidak seperti teknik lain yang kita harus monitor setiap hari, cukup untuk mengesannya dengan TRACKING CODE yang ada

Apa yang saya maksudkan dengan teknik ini ialah pemasangan link/web kita di:
1.ym/skype
2.signature
3.vacation responder

Hasilnya memuaskan hati saya walaupun bukan berpuluh pelawat saya dari teknik ini setiap hari, tapi ianya mencukupi dan berpadanan dengan usaha yang hanya beberapa minit sahaja.

Hari ini setakat beberapa jam yang pertama saya baru sahaja mendapat 4 pelawat dari pelbagai sumber pemasaran seprerti forum, social network, vacation responder dan signature saya. Masih ada lebih 16 jam lagi untuk menepati target saya iaitu 10 pelawat berdaftar setiap hari. Bermakna hari ini 2 pelawat saya dari teknik JERANGKAP SAMAR ini.

Bagaimana pun teknik pay perclick saya di google adwords seperti ada masalah sedikit, saya kena perbaiki.
Pengalaman saya di adwords boleh menghasilkan 10-20 pelawat berdaftar setiap hari. Walaubagaimanapun ianya adalah berbayar.

Sekian perkongsian saya untuk hari ini dan untuk team saya, saya dalam proses menulis nota tutorial PANDUAN MENJANA TRAFIK KE WEBSITE KITA...

Wasalam

teknik menjana wang secara online bukanlah igauan ngeri
ingin bersama saya
KLIK DISINI

Forum internet jika kita menggunakan dengan cara yang betul adalah tempat yang baik untuk memasarkan bisnes kita.

Apa itu forum internet/online???

Ianya merupakan komuniti website dan disertai oleh prospek2 bersasaran tinggi dan berminat dengan sesuatu perkara yang sama. Kita boleh berinteraksi dengan ahli-ahli yang lain tanpa bersua muka. Kita boleh mengusulkan soalan dan juga menjawap soalan2 dari ahli yang lain.

Kebanyakan forum membenarkan kita mengiklankan perniagaan kita di bahagian/subforum yang disediakan.
Kita hanya boleh mempromosikan bisnes/website kita di bahagian yang dibenarkan sahaja. Kita juga harus memahami peraturan di dalam forum tersebut dan jangan mempromosikan bisnes kita secara melulu. Iklankan ditempat yang disediakan. Kita juga boleh menjawap soalan2 ahli forum yang lain walaupun bukan dari thread kita dengan syarat jawapan kita haruslah bernas dan jangan mempromosikan bisnes kita secara tiba-tiba, signature kita sudah mencukupi untuk menarik mereka mengetahui bisnes kita dan besar kemungkinan mereka akan klik dan mendaftar sebagai prospek kita.

Kenapa kita patut menggunakan forum untuk mempromosikan bisnes kita???
1. Forum disertai oleh prospeck2 yang bersasaran tinggi. Kita boleh mendapatkan prospek yang sesuai dan mendaftar kedalam website kita.
2. Kita boleh mempelajari banyak info baru dimana-mana forum yang kita sertai.
3. Pautan/link didalam signature box yang kita tinggalkan akan kekal selamanya. Dan ianya akan bertambah setiap kali kita meninggalkan mesej  kita disitu. Ianya seumpama mempromosikan bisnes kita di laman web orang lain.

Bagaimana menyertai forum online.
1. Pilih forum online yang mempunyai kaitan dengan perniagaan online.
2. Daftar didalam forum tersebut. Isikan maklumat diri anda di profile.
3. Fahami peraturan forum tersebut
4. Setkan signature anda di bahagian setting. Cari setting dan klik signature/change signature dan klik save.
di bawah adalah contoh signature saya. setiap kali saya meninggalkan mesej signature itu akan mengakhiri mesej/iklan kita secara automatik.

_________________
bagaimana bermula menjana duit secara online
hanya dari rumah anda??? menjana duit secara online bukanlah igauan ngeri lagi
lawati
http://www.slimberrypro.com/lindaz&t=rah
bounce
Tips
1. Pilih forum yang aktif. Sekiranya tiada mesej baru lebih dari 2 minggu tinggalkan forum tersebut.
2. Gunakan tracking code untuk mengenal pasti forum mana yang memberikan trafik yang baik.
3. Pilih 5 forum untuk anda sertai dan pastikan anda meninggalkan 1 komen setiap hari di dalam 5 forum tersebut. Dan selalu melihat jika ada balasan atau soalan dari forumers yang lain didalam thread/post anda. Sekiranya dalam sebulan tiada prospek yang berdaftar dari forum tersebut tinggalkan sahaja forum tersebut.
4. Setkan masa 20-30 minit untuk aktiviti forum anda setiap hari.


ingin menjana duit secara online bersama saya

KLIK DISINI