Powered By Blogger

Fokus dan konsisten - bahagian kedua!!!

Selamat bertemu kembali.
Selepas catatan saya semalam FOKUS DAN KONSISTEN - RAHSIA UTAMA..
kebetulan pada malamnya saya membaca sebuah buku yang saya beli 2 minggu yaang lepas.

Penulisnya Dr Chung judul bukunya "....so you want money". Saya membeli buku ini dari tangan beliau sendiri. Berumur 75 tahun dan masih sihat dan tegap. Merupakan seorang pakar ekonomi yang pernah menjadi konsultant untuk kerajaan Malaysia.

Dalam buku beliau ada menyebut berkenaan Fokus dan Konsisten.
Biar saya terjemahkan cerita dari buku beliau ke dalam bahasa.

ada sebuah cerita tentang seorang raja india yang ingin memilih 1 dari 3 putera beliau untuk menjadi pengganti beliau. Beliau mendapatkan nasihat dari penasihatnya.

Penasihat raja telah membawa 3 putera tersebut ke pinggir hutan. Dan penasihat raja meletakkan patung burung kecil di atas sepohon kayu.

Penasihat raja memanggil putera pertama dan menyuruh putera tersebut memanah patung anak burung tersebut. Sedang putera pertama sedang menghalakan anak panah ke arah patung tersebut dan bersedia untuk memanah, penasihat raja lantas bertanya "apa yang kamu nampak?" jawab putera pertama "..saya nampak pokok, patung anak burung dan tuan penasihat" jawap putera pertama. Penasihat raja terus berkata ..berhenti kepada putera pertama..

Seterusnya putera kedua dipanggil. Sedang putera kedua dalam keadaan bersedia untuk memanah, penasihat raja bertanya..apa yang beliau nampak. Jawap putera kedua.. "saya nampak patung anak burung, pokok dan langit yang biru..". Penasihat raja lantas suruh putera kedua berhenti.

Putera ketiga pula dipanggil..sebelum putera ketiga bersedia untuk melepaskan anak panah, penasihat bertanya apa yang dia nampak? Putera ketiga menjawap.."saya hanya nampak patung anak burung sahaja" Dan penasihat raja berkata..tembak patung anak burung itu..

jadi memetik kata-kata dr chung didalam bukunya
" the moral of these stories is that we need to focus and concentrate, and putting in consistent effort on task at hand" - dr chung "...so you want money!"

kita perlu fokus dalam apa jua bidang yang kita ceburi.. dan meletakkan usaha yang konsisten ...

2 kata kunci disini..fokus dan konsisten...

menjana duit secara online bukanlah igauan ngeri lagi
KLIK DISINI

0 Comments:

Post a Comment