Powered By Blogger


 Salam sejahtera!!!
Tentu semuanya sedang sibuk, maklumlah Syawal bakal menjelma..
Walaubagaimanapun disini saya kongsi sedikit petikan dari nota tutorial "TEKNIK MENJANA TRAFIK KE WEBSITE ANDA" hasil tulisan saya sendiri yang masih didalam proses lagi.
Selamat membaca!!!
Di dalam apa juga bentuk perniagaan promosi/pemasaran adalah bahagian yang terpenting dalam memulakan perniagaan.
Ø  Promosi adalah satu tindakan yang berterusan dan konsisten untuk mendapatkan hasil yang bagus.
Ø  Kaedah yang digunakan juga harus pelbagai dan jangan terhad kepada 1 kaedah sahaja. Sekiranya 1 kaedah yang anda gunakan itu terbukti dapat menghasilkan 10TT sehari (dalam konteks WELA) anda boleh menumpukan kepada 1 kaedah sahaja.
Ø  Sekiranya terdapat 1 kaedah/teknik promosi yang kurang atau langsung tiada hasil tinggalkan kaedah tersebut dan cuba kaedah yang baru.
Ø  Promosi bukannya proses yang statik, ianya boleh berubah-ubah mengikut kepada zaman dan masa.
Ø  Kita harus kreatif dan sentiasa berani mencuba pelbagai teknik promosi yang belum pernah kita cuba.
Ø  Jika anda mencuba teknik promosi yang berbayar, jangan kedekut untuk melabur sejumlah wang untuk mempromosikan website anda. Promosi berbayar adalah satu bentuk promosi yang tidak menggunakan banyak masa kita berbanding promosi secara percuma. Dinasihatkan kepada yang belum mahir dalam teknik pemasaran secara percuma anda patut bermula dengan kaedah yang berbayar. Didalam masa yang sama anda  belajar dan mendalami kaedah2 percuma.
Ø  Untuk melakukan promosi secara percuma dan mendatangkan hasil ianya memerlukan teknik2 tertentu dan bergantung kepada pengalaman kita didalam pemasaran online. Dan ianya agak memakan masa kita tetapi ianya sesuatu yang menarik sekiranya kita mempunyai minat dan kesungguhan.
Ø  Seperti saya katakan tadi promosi tidak bersifat statik, ianya boleh berubah-ubah mengikut masa, zaman dan keputusan yang diperolehi. Oleh itu ilmu amat penting disini dalam memahami dan mempelbagaikan teknik promosi untuk mendapatkan keputusan yang memberangsangkan.

ingin menjana duit secara online bersama saya???
duit online bukanlah igauan ngeri lagi..

0 Comments:

Post a Comment