Saya perhatikan dah ramai antara kita yang menggunakan peluang dan teknik blogging untuk melebarkan sayap bisnes mereka.

Blogging merupakan jurnal di alam internet. Kita patut menggunakan blogging untuk memantapkan bisnes kita dan juga sebagai satu medium untuk berkongsi cerita/pengalaman/pendapat dan sebagainya.

Kenapa saya/anda atau sesiapa sahaja yang ingin berjaya didalam perniagaan internet patut mempunyai blog sendiri???

1.Menjimatkan masa untuk mengembangkan perniagaan saya.

Disini saya boleh berkongsi apa juga kisah kejayaaan/kegagalan untuk dibaca dan dipraktikkan oleh pembaca dan team bisnes online saya.
Team saya boleh belajar dari sini apa jua teknik/cerita kejayaan/kegagalan dari saya. Kisah kejayaan yang boleh mereka tiru/ikut dan kisah kegagalan yang boleh dijadikan sempadan. Disini saya juga boleh membina reputasi saya dalam bisnes saya.

2. Blogging memupuk semangat kemasyarakatan.

Di ruang blog saya ini kita dapat berkumpul untuk membaca/mengamalkan dan juga berbalas komen tentang apa jua topik yang berkaitan didalam blog ini. Disini tempat kita berkongsi dan kita mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin maju didalam hidup. Dan saya ingin memupuk hubungan erat di antara saya dan team bisnes online saya.

3. Blogging satu faktor bonus untuk prospek saya.
Prospek saya boleh membaca dan ikuti aktiviti/jurnal didalam blog saya ini. Dalam apa jua bidang perniagaan termasuk bisnes online perhubungan perlu dibina diantara saya dan prospek saya. Disini prospek saya berpeluang untuk mengikuti kisah saya dan bertanya apa jua soalan yang berkaitan dengan bisnes saya. Walaupun kita berbisnes secara online saya percaya perhubungan yang baik perlu ada antara saya dan prospek saya dan kaedah blogging ini menggantikan sessi teh tarik (sekiranya prospek saya jauh dari saya).

4. Blogging satu kaedah untuk mewujudkan trafik bersasaran bagi saya.
Sebagai kaedah tambahan untuk saya mendapatkan prospek bagi jangka masa panjang. Untuk mencapai kearah tersebut saya perlu selalu memperbaharui blog saya. Walaupun ianya bukan proses yang cepat, tetapi dengan 20-25 minit setiap 1-2 hari saya percaya 6 bulan dari sekarang saya pasti akan melihat hasilnya. Ini juga merupakan satu kaedah untuk menambahkan trafik ke web saya dalam jangka masa sederhana/panjang.
Saranan untuk team saya, anda patut memulakan blog anda sendiri.

Teknik/kaedah blogging bukanlah teknik cuba/jaya. Kerana teknik blogging sudah terbukti dan saya banyak membaca dan mengkaji mereka yang berjaya didalam bisnes online mereka 100 peratus memiliki blog sendiri untuk dikongsi bersama team/prospek mereka. Mereka yang berjaya ini juga bermula dari zero sewaktu memulakan blog mereka. Dengan usaha sentiasa memperbaharui blog mereka 20-25 minit setiap 1-2 hari mereka telah berjaya dan mempunyai nama yang besar selepas 6bulan-1 tahun.


ingin menjana wang secara online dari rumah, bukanlah igauan ngeri lagi
KLIK DISINI

2 Comments:

  1. Ejam Amad said...
    Salam..nak tambah sikit..dengan blogging akan meningkatkan kredibiliti.
  2. zahirulindawela said...
    wsalam.. terima kasih ejam..
    kredibiliti tertinggal..patut saya letak kat no 1 tu selain reputasi..

    thanx sekali lagi

Post a Comment