Salam sejahtera buat semua pembaca blog Bisnes Global Online Wela khususnya WEsmartbiz team - team bisnes Online Wela Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.
Pada kali ini saya akan menyentuh sedikit cerita motivasi. Semoga ianya membantu dan memberi inspirasi kepada semua pembaca.

GAGAL - satu perkataan yang cukup ditakuti oleh manusia, tanpa mengira bangsa, status, jantina, umur dan sebagainya. Takutkan kegagalan adalah perkara yang normal bagi kita semua.


Tahukah anda, kita boleh gunakan kegagalan untuk membina kejayaan. Bagaimanapun ramai antara kita yang menggunakan kegagalan untuk terus gagal. Jika kita berfikir dan begitu takut pada kegagalan, kita tidak akan berjaya dan akan terus GAGAL!!!

Untuk berjaya di dalam apa jua bidang samaada pendidikan, perniagaan atau apa jua matlamat kita untuk berjaya, perkataan GAGAL tidak perlu wujud didalam minda kita.
Kita boleh berfikir dengan positif akan perasaan takut pada kegagalan itu.

kenapa saya nak takut, lagipun gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.


Anda kenal Kolonel Sanders pengasas Kentucky Fried Chicken


Tahukah anda beliau berusaha untuk mendapatkan pemodal yang boleh membantunya membuka restoran
resepi ayam gorengnya. Dan beliau hanya berjaya selepas berusaha selepas berjumpa dengan 999 orang kaya untuk menjadi pemodal beliau.

Apa terjadi sekiranya orang tua itu berhenti sekerat jalan di dalam mendapatkan pemodal untuk restoran ayam gorengnya??? Anda boleh menilai sendiri hasil usaha beliau telah menampakkan hasil yang begitu memberangsangkan.


Kebanyakkan dari kita akan berhenti berusaha separuh jalan atau sekerat jalan di waktu kejayaan sebenarnya sudah hampir dengan kita. Sebenarnya tiada istilah gagal, yang ada hanyalah kita berusaha separuh jalan, itu sahaja.

MENJANA WANG SECARA ONLINE BUKANLAH IGAUAN NGERI LAGI.
SERTAI WEsmartbiz team - team bisnes online Wela yang pioneer di MALAYSIA, SINGAPURA, BRUNEI dan INDONESIA.

Salam sejahtera buat semua usahawan WEsmartbiz team - team bisnes online Wela dari rumah dan juga kepada semua pembaca blog Bisnes Global Online Wela ini.


Kita sedia maklum, bahawa perniagaan di internet ini adalah perniagaan tanpa sempadan. Ini kerana di internet inilah prospek atau pelanggan kita adalah amat luas berbanding dengan berbisnes secara konvesional. Berbagai cara promosi yang dilakukan oleh mereka yang ingin mempromosikan produk, perkhidmatan atau website/blog mereka supaya ianya sampai kepada bakal prospek mereka.

Banyak cara pemasaran atau promosi yang boleh digunakan di internet ini. Bagaimanapun satu cara  yang dilakukan secara meluas ialah spamming atau email marketing yang dihantar secara rawak kepada pemilik email.

Apa itu spam??? Konsep mudahnya ialah junk mail atau mel sampah yang masuk ke inbox anda setiap hari tanpa kebenaran anda. Spamming akan memberi nama yang buruk terhadap bisnes anda. Kebanyakan spamming ini dilakukan oleh mereka yang menjalankan bisnes bercorak money game. Corak money game biasanya murah dan nampak mudah dengan modal yang hanya sekali.

Seperti yang pernah saya kongsi di artikel saya sebelum ini email marketing yang beretika bukanlah seperti yang disebutkan tadi. Iaitu menghantar email atau info bisnes anda kepada mereka yang tidak mengenali anda atau tidak pernah bersetuju untuk menerima apa-apa info dari anda.




Dari sini timbulnya teknik mailing list. Mempromosikan website atau produk kita dan menggunakan sistem Opt in untuk mendapatkan atau mengembangkan mailing list kita. Inilah cara yang beretika dan yang sebenarnya. Internet Marketer sejati tidak akan melakukan Spam, kerana ini hanya akan memberi kesan kepada  nama dan kreadibiliti seseorang internet marketer (IM)

Jika kita perasan bahawa mereka yang berjaya didalam perniagaan internet adalah mereka yang fokus dan memberikan masa untuk membina perniagaan mereka. Disini saya syorkan kepada mereka yang belum mempunyai sistem email marketing, boleh cuba sistem get response. Untuk melihat sistem ini klik disini GET RESPONSE SYSTEM

Anda boleh membina perniagaan anda melalui sistem email marketing yang professional. Pada awalnya tentu merasakan ianya rumit. Tetapi jika anda sabar dan tekun, semuanya boleh dikuasai. Apalagi bila anda menguasai sistem email marketing yang sangat berkesan.



Menjana pendapatan secara online bukanlah igauan ngeri lagi
Sertai WEsmartbiz team - team bisnes online Wela dari rumah