1. Imej diri
Untuk usahawan online, walaupun penampilan anda tidak nampak pada mata pelanggan anda kita tetap perlu mempunyai imej untuk menimbulkan keyakinan kepada TT/downline/pelanggan kita. Sebagai contoh, kita perlu ada blog sendiri yang sentiasa di updatekan dengan aktiviti/tips atau apa sahaja berkaitan bisnes kita. Ini akan menambahkan keyakinan mereka terhadap kita. Walaupun kita berbisnes secara maya/online, kita boleh tampilkan imej kita secara maya/online. Seperti aktiviti blogging atau pun paling tidak updatekan selalu aktiviti bisnes anda di facebook anda. Pukul rata 80-90 peratus rakyat kita ada akaun facebook.

2. Mahir berkomunikasi
Untuk mahir berkomunikasi, kita harus faham dengan tepat segala info berkaitan bisnes kita. Bila kita faham dan mahir, ini akan menjadikan kita mahir berkomunikasi. Banyak antara kita yang selalu risau atau mengadu yang mereka tidak pandai bercakap atau berkomunikasi. Sebenarnya itu boleh di atasi sekiranya anda faham akan apa jua info berkaitan bisnes anda. Bila anda faham, anda akan lebih yakin untuk berkomunikasi. Untuk konteks usahawan online Wela Malaysia, anda harus faham sepenuhnya akan produk, bonus plan dan sebagainya.

3. Kemahiran mentadbir dan mengurus.
Berkebolehan dalam mentadbir bisnes anda sendiri. Dalam konteks usahawan online Wela Malaysia, anda perlu menyusun masa anda. Masa untuk aktiviti marketing anda, masa untuk merancang strategi team anda, masa untuk follow up atau melayan soalan-soalan dari TT anda. Juga pengurusan kewangan anda sekiranya anda ada menggunakan perkhidmatan pengiklanan yang berbayar.

4. Komitmen serta pengorbanan.
Anda meletakkan komitmen yang 100 peratus terhadap bisnes anda. Sanggup berkorban sedikit masa tidur anda. Kejayaan = Pengorbanan.

5. Motivasi
Kita perlu mempunyai motivasi yang tinggi. Bagaimana??? Baca dan dapatkan buku-buku/tips motivasi yang banyak di pasaran. Seandainya anda merasa down dengan situasi diri anda, baca balik buku tersebut atau kisah-kisah kejayaan mereka yang berjaya.

6. Visi dan matlamat
Perlu mempunyai matlamat dalam bisnes kita. Matlamat harus bertulis dan itu seolah-olah kita membuat perjanjian dengan diri kita.

ingin menjana duit online bersama team bisnes online dari rumah ???

DAFTAR DISINI

0 Comments:

Post a Comment