Selamat tahun baru 2011 untuk semua pembaca blog saya amnya dan WEsmartbiz team Malaysia, Singapore, Brunei dan Indonesia khususnya.


Semoga tahun baru ini akan membawa keberkatan dan kebahagiaan untuk kita semua. Hanya tinggal kurang dari 2 jam setengah untuk kita menuju ke tahun 2011. Untuk menutup catatan saya di blog ini bagi tahun 2010 saya kongsikan 7 tips terkini untuk berjaya di dalam bisnes global online Wela.


TIPS # 1
Anggap bisnes WELA anda adalah bisnes anda sendiri, dan beri masa untuk memantapkan sayap bisnes anda. Kejayaan akan datang dan setimpal dengan usaha yang telah kita lakukan.

TIPS # 2
Buat jadual dan disiplinkan diri anda dalam melakukan bisnes anda. Susun jadual anda dan beri keutamaan kepada tugas yang penting dahulu. Ini mengikut kepada status bisnes anda. Anda sudah punya ramai partner fokus kepada mereka yang serius dahulu. Bila anda gagal untuk merancang, anda merancang untuk gagal.

TIPS # 3
Tuliskan matlamat pendek dan panjang anda. Jika anda tidak menulis matlamat anda, anda tidak akan tahu hala tuju anda. Matlamat akan membuatkan kita lebih fokus kepada bisnes kita. Jika kita tidak tahu matlamat kita bagaimana kita hendak mencapainya.

TIPS # 4
Kita harus memahami di Wela, mempromosikan website adalah tugas utama kita. Dapatkan seberapa ramai rakan niaga kerana kita akan bergantung kepada Fast Start Bonus buat permulaan sebelum kita boleh mencapai pendapatan PASIF di Wela. Sekiranya kita gagal mempromosikan website kita dengan baik sukar untuk kita mendapatkan downline dan seterusnya ini akan membuatkan momentum kita jadi perlahan kerana tiada income dari Fast Start Bonus. Tambahan dari pihak Wela adalah Weekly bonus pools dan Monthly bonus pools sebagai bonus tambahan jika berjaya menaja beberapa rakan niaga mengikut syarat yang ditetapkan. Bonus tambahan ini adalah besar sekiranya kita berjaya mencapai syarat yang ditetapkan dan minimum adalah USD 100 dan maksima adalah USD 1500 mengikut mingguan dan bulanan.



TIPS #5
Bisnes networking bergantung kepada produk dan memastikan berapa lama rakan niaga anda bertahan bersama anda. Kita harus kreatif dan berusaha untuk memastikan rakan niaga kita bertahan sebagai partner kita. Kenali mereka yang serius dan bantu mereka untuk mencapai matlamat mereka. Bantu mereka mencapai hasil seperti kita.

TIPS # 6
Duplikasi memainkan peranan disini. Fokus pada rakan niaga yang serius dan duplikasikan segala yang anda lakukan supaya mereka dapat melakukan perkara yang sama dan mendapatkan hasil yang sama.

TIPS # 7
Kenal pasti akan bentuk marketing/promosi yang berkesan dan sesuai untuk dilakukan dan telah membawa hasil kepada diri anda. Kenali kelemahan/kelebihan rakan niaga anda dan kita boleh membantu mereka dengan menutupi kelemahan yang ada.


MENJANA DUIT ONLINE BERSAMA TEAM BISNES ONLINE TERHANGAT 2011

6 Comments:

  1. haslinda said...
    Selamat Tahun Baru 2011... Semoga WEsmartbizteam akan lebih dikenali melahirkan ramai Leader2 MLM Wela... :)
  2. arifbeeswax2u said...
    asaalamulaikum dan selamat tahun baru saya masih belum dapat id dan password tolong kesan saya ingat nama user name arifbeeswax
  3. zahirulinda said...
    wsalam arif.. bro Ruzaimy akan settlekan masalah anda..dia akan hubungi anda nnt...
  4. Azizulrafie said...
    Salam..saya tertarik dengan blog saudara. bleh saya tahu berapa orang ahli yang telah join WEsmartbizteam?
  5. hanny75 said...
    salam...sy rase sy pnh bertanyer pasal wela tp lom dpt jawapan...blh x kongsi info yg lbh pasal wela...dr mula nk join...mcm mane nk promosi...yg sy tau, kalu nk join RM190 dan perlu maintain RM190 setiap bln...prosidur pembayaran...ader buat seminar ker dsb...tq
  6. zahirulindawela said...
    setakat harti ini..130 ahli wela malaysia dtg dr WEsmartbiz team.. lebih kurang 60 peratus dari team kami.. masih baru lg bisnes wela di Malaysia ni..

Post a Comment