Perkongsian 3 teknik pemasaran terkini

Salam sejahtera buat semua usahawan WEsmartbiz team - team bisnes online Wela dari rumah.
Juga buat semua pembaca yang mengikuti perjalanan blog saya ini.

Sebelum saya meneruskan catatan saya pada hari ini, kepada pembaca yang ingin subscribe ke newsletter saya iaitu INFO DUNIA BISNES ONLINE bolehlah subscribe di borang yang disediakan disebelah kanan blog saya ini. Semoga ianya banyak membantu anda semua.


Agak lama saya tidak update blog saya ini. Dan sepanjang saya berhibernasi, banyak juga ilmu dan tips pemasaran di internet yang dapat saya pelajari.

Seperti yang semua sedia maklum, 3 teknik yang terbaik buat masa ini ialah Rangkaian Sosial (social media) seperti facebook, twitter, linked in dan sebagainya. Video dan Blog juga di kategorikan antara 3 kaedah pemasaran yang berkesan. Bagaimana pun sedikit penambahan dari saya iaitu pemasaran email atau email marketing. Sekiranya pemasaran email ini di gabungkan dengan 3 kaedah yang disebutkan di atas, ianya boleh menghasilkan keputusan yang memberangsangkan.

Walaupun saya masih sedang mengkaji dan mempraktiskan kaedah tersebut namun saya percaya ianya akan mendatangkan hasil. Sudah tentu saya akan berkongsi dengan semua pembaca di blog saya dan juga kepada team bisnes online Wela saya.

Buat team bisnes online Wela saya aktifkan diri anda di WEsmartbiz team group di facebook dan WEsmartbiz skype conference, kerana saya senantiasa akan update info di kedua-dua tools sokongan kepada team bisnes online Wela kita.

Berbalik kepada kaedah pemasaran yang saya ceritakan di atas, kita harus ingat teknik pemasaran di Social Network, Blog dan Video bukanlah satu proses jangka pendek. Ianya memakan sedikit masa dan hasilnya boleh kita dapati untuk jangka masa sederhana panjang. Sebab itu ramai internet marketer yang berjaya adalah mereka yang fokus dan konsisten. Mereka berikan masa untuk berjaya dalam bisnes mereka.

SERTAI WEsmartbiz team - team bisnes online WELA dari rumah

0 Comments:

Post a Comment