Salam sejahtera buat semua usahawan WEsmartbiz team - team bisnes online Wela dari rumah dan juga kepada semua pembaca blog Bisnes Global Online Wela ini.


Kita sedia maklum, bahawa perniagaan di internet ini adalah perniagaan tanpa sempadan. Ini kerana di internet inilah prospek atau pelanggan kita adalah amat luas berbanding dengan berbisnes secara konvesional. Berbagai cara promosi yang dilakukan oleh mereka yang ingin mempromosikan produk, perkhidmatan atau website/blog mereka supaya ianya sampai kepada bakal prospek mereka.

Banyak cara pemasaran atau promosi yang boleh digunakan di internet ini. Bagaimanapun satu cara  yang dilakukan secara meluas ialah spamming atau email marketing yang dihantar secara rawak kepada pemilik email.

Apa itu spam??? Konsep mudahnya ialah junk mail atau mel sampah yang masuk ke inbox anda setiap hari tanpa kebenaran anda. Spamming akan memberi nama yang buruk terhadap bisnes anda. Kebanyakan spamming ini dilakukan oleh mereka yang menjalankan bisnes bercorak money game. Corak money game biasanya murah dan nampak mudah dengan modal yang hanya sekali.

Seperti yang pernah saya kongsi di artikel saya sebelum ini email marketing yang beretika bukanlah seperti yang disebutkan tadi. Iaitu menghantar email atau info bisnes anda kepada mereka yang tidak mengenali anda atau tidak pernah bersetuju untuk menerima apa-apa info dari anda.




Dari sini timbulnya teknik mailing list. Mempromosikan website atau produk kita dan menggunakan sistem Opt in untuk mendapatkan atau mengembangkan mailing list kita. Inilah cara yang beretika dan yang sebenarnya. Internet Marketer sejati tidak akan melakukan Spam, kerana ini hanya akan memberi kesan kepada  nama dan kreadibiliti seseorang internet marketer (IM)

Jika kita perasan bahawa mereka yang berjaya didalam perniagaan internet adalah mereka yang fokus dan memberikan masa untuk membina perniagaan mereka. Disini saya syorkan kepada mereka yang belum mempunyai sistem email marketing, boleh cuba sistem get response. Untuk melihat sistem ini klik disini GET RESPONSE SYSTEM

Anda boleh membina perniagaan anda melalui sistem email marketing yang professional. Pada awalnya tentu merasakan ianya rumit. Tetapi jika anda sabar dan tekun, semuanya boleh dikuasai. Apalagi bila anda menguasai sistem email marketing yang sangat berkesan.



Menjana pendapatan secara online bukanlah igauan ngeri lagi
Sertai WEsmartbiz team - team bisnes online Wela dari rumah

2 Comments:

  1. Terbang Bersamaku said...
    kalau guna kaedah spamming nie boleh calarkn imej business tue jugak akhirny..
  2. zahirulindawela said...
    ya betul.. banyak sgt mereka yg menggelarkan diri mereka IM tapi guna send blaster.. berbakul-bakul email diorang promosikan bisnes diorang

Post a Comment